2016年4月11日星期一

semakan ibu bapa keputusan peperiksaan pelajar 2016

SAPS semakan ibu bapa keputusan peperiksaan pelajar 2016 10:09 Redaksi Admin Share the post "SAPS semakan ibu bapa keputusan peperiksaan pelajar 2016" Facebook Google+ Twitter Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga dimana boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan SAPS IBUBAPA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK / JAGAAN TAHUN 2016 Ibubapa atau penjaga hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan melalui penerangan info yang dinyatakan dalam ruangan berikutnya SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar Tahun 2016 1. Layari laman portal rasmi SAPS, klik pada pautan berikuthttps://sapsnkra.moe.gov.my 2. Seterusnya klik pada butang menu berwarna ‘hijau’ iaitu SEMAKAN IBUBAPA (contoh seperti gambar diatas) yang terdapat pada laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 3. Kemudian Pengguna atau IbuBapa akan dibawa ke paparan halaman baru melalui judul pautan berikut Sila KlikSAPS Semakan Ibubapa Semak Slip Peperiksaan Pelajar Seterusnya seperti gambar di atas, sila ikuti langkah mudah yang perlu dilakukan iaitu Semak Slip Peperiksaan Pelajar Tahun 2016 ✓Melengkapkan ruangan No KP atau sijil lahir ✓Tandakan pilihan sekolah dan pilih tahun peperiksaan ✓Kemudian klik pada ‘butang’ semak laporan Untuk info, bagi Sekolah Rendah sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan dan dimuat turun (download) dengan sempurna TARIKH KEMASUKAN / KEMASKINI DATA UJIAN ATAU PEPERIKSAAN KE SISTEM SAPS TAHUN 2016 Jadual yang disertakan dibawah bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman tahun 2016 adalah untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang berkenaan Bagaimanapun, jadual ini boleh membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan setiap peringkat ujian atau peperiksaan yang telah diadakan GRED PEMARKAHAN TERKINI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 2016 Gred Sekolah Rendah Gred Menengah Rendah Gred Menengah Atas Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR PT3 Dan SPM Untuk makluman kepada pengguna, keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Bagi mereka yang mahu mendapatkan keputusan berkenaan, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Tindakan Sekiranya No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka menghubungi guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas Kemungkinan Kemungkinan pengguna atau Ibu Bapa akan mengalami kesukaran untuk mengakses Portal SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna keatas portal berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa yang sama Ataupun portal SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem Jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari semasa ke semasa Pautan Info Berkaitan Permohonan Dan Pendaftaran Secara Online Murid Tahun 1 Bagi Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 2017/2018 Pautan pantas selain informasi SAPS semakan ibu bapa keputusan peperiksaan pelajar 2016 semakan keputusan peperiksaan stpm 2013 penggal 2 Semakan Keputusan Peperiksaan Ulangan Penguasa Kastam W41 permohonan semakan semula peperiksaan pspm pst pdt 2013 Semakan keputusan dan tawaran SBP 2016 tingkatan 1 Semakan keputusan egtukar Januari 2016 Senarai Informasi MYsumber Masih Relevan Cara dan lafaz niat ganti puasa Ramadhan Cara dan lafaz niat puasa sunat bulan Rejab Semakan keputusan UPU 2016-2017 tawaran IPTA Keputusan dan kedudukan carta terkini EPL 2015-2016 Semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2016-2017 Semakan keputusan BR1M 2016 status permohonan Semakan tawaran keputusan Matrikulasi 2016-2017 Kelebihan dan jenis lafaz niat puasa sunat Hadis palsu dan keliru kelebihan puasa di bulan Rejab Live streaming keputusan Lee Chong Wei vs Chen Long 10.4.2016 SAPS semakan ibu bapa keputusan peperiksaan pelajar 2016 Jadual dan tarikh gaji 2016 kakitangan awam Bila duit BR1M 2016 dapat dan masuk akaun Live streaming keputusan Terengganu vs PDRM 10.4.2016 Piala FA 2016 jadual keputusan dan kedudukan carta Semakan keputusan IPG 2016 lulusan SPM calon guru PISMP Borang permohonan skim MyDeposit pembiayaan rumah pertama Liga Super 2016 kedudukan carta keputusan jadual terkini Kalender cuti umum 2016 Malaysia dan takwim cuti sekolah Permohonan IKBN 2016 online Institut Kemahiran Belia Negara

Pautan Sumber: mysumber.com

没有评论:

发表评论