2015年8月13日星期四

Skim Latihan Bersepadu
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Bersepadu seperti berikut :
 
SYARAT KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia
• Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan
• Keutamaan diberikan kepada graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Pelaburan, Kewangan, Perakaunan, Sains Aktuari, Analisis   Kuantitatif,
  Matematik, Undang-Undang, Fizik, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Kejuruteraan atau mana-mana bidang yang bersesuaian
• Berumur 28 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan
 
SKOP LATIHAN
Pembelajaran dan latihan menerusi proses operasi harian di Jabatan atau Cawangan KWSP
 
TEMPOH LATIHAN
12 bulan
 
KEMUDAHAN
• Cuti rehat 1 hari setiap bulan
• Kemudahan perubatan sebagai pesakit luar secara percuma di klinik panel KWSP dan klinik/hospital Kerajaan
 
PENEMPATAN
Penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan di Jabatan atau Cawangan KWSP di seluruh Malaysia
 
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan pilihan lokasi Jabatan atau Cawangan KWSP beserta dokumen berikut :
 
• Resume
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Sijil Kelahiran
• Salinan Skrol Ijazah Sarjana Muda 
• Salinan Transkrip Ijazah Sarjana Muda
• Salinan Skrol Diploma/Matrikulasi/STPM/Foundation
• Salinan Transkrip Diploma/Matrikulasi/Foundation
• Salinan Sijil SPM
 
 
PERHATIAN: Jika tuan/puan tidak mempunyai salinan skrol Ijazah Sarjana Muda kerana belum menghadiri konvokesyen, tuan/puan adalah dikehendaki untuk
                          mengemukakan Surat Pengesahan Tamat Belajar daripada pihak universiti. Surat tersebut hendaklah menyatakan tarikh tamat belajar, tarikh
                          konvokesyen, CGPA dan pencapaian yang akan dianugerahkan kepada tuan/puan.
 
Permohonan hendaklah dihantar ke recruitment2@epf.gov.my selewat-lewatnya pada 24 Ogos 2015.
 
Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 3 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
 
 
Tarikh Kemaskini: 11 Ogos 2015

没有评论:

发表评论