2014年5月19日星期一

Kemudahan Yang Disediakan


Perkhidmatan i-Akaun
i-Akaun merupakan akaun KWSP Ahli atau Majikan secara online. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan oleh KWSP.
AhliMajikan
  Ahli boleh:
  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Menyemak maklumat penamaan
  5. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun
  Majikan boleh:
  1. Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman
    • Penghantaran Borang A Beserta Bayaran
    • Penghantaran Borang A Sahaja
    • Penghantaran Bayaran Sahaja

    Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.
     
  2. Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
    • Penghantaran Penyelesaian CTML

    Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.
     
  3. Menggunakan Perkhidmatan e-DES
    • Permohonan Lesen Kekunci Sistem Data Berkunci
    • Muat Turun Perisian dan Lesen Kekunci
    • Permohonan Penjanaan Semula Lesen Kekunci

    Klik di sini untuk mendapatkan Panduan Ringkas.
     
  4. Menyemak nombor KWSP pekerja
  5. Mendaftar ahli baru KWSP
  6. Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Kelayakan untuk Mendaftar i-Akaun
AhliMajikan
Ahli KWSP yang mempunyai MyKad dan nombor KWSP yang sah.
Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah.

Pendaftaran i-Akaun
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar i-Akaun Ahli dan Majikan.
AhliMajikan
  1. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan MyKad.  Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.
  1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.

Nota: Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Pengaktifan i-Akaun (Ahli)atau Pengaktifan i-Akaun (Majikan). Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.

Pengaktifan TAC
TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data.
Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan.
Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:
AhliMajikan
Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:
  1. Ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun
  2. Ahli yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian di mana-mana kios atau kaunter KWSP
Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP.
Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:
  1. Majikan telah mendaftar i-Akaun
  2. Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1(i).

Tarikh kemaskini: 17 September 2013
 

 

没有评论:

发表评论