2016年6月11日星期六

FAKTOR TANAH DAN IKLIM


FAKTOR TANAH DAN IKLIM TERHADAP PERTUMBUHAN DAN PENGHASILAN KELAPA SAWIT.
  • Topik ini membincangkan tentang ciri-ciri persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan daya penghasilan kelapa sawit.
  • Kelapa sawit telah ditanam di pelbagai persekitaran dan ia memberikan keputusan yang berbeza dari segi pertumbuhan dan penghasilan.
  • Dua faktor utama yang mempengaruhinya yang akan dibincangkan adalah ciri-ciri penting tanah dan iklim.
  • Pengetahuan tentang dua sumber yang sedia ada ini amat penting, kerana keupayaan memanipulasikan dua sumber ini dapat membantu peningkatan hasil.
  • Perlu dimaklumkan lain kawasan lain hasilnya dan lain teknik penjagaan dan pengurusannya.
  • Perkembangan tanaman kelapa sawit amat bergantung kepada ciri-ciri tanah dan iklim lokasi kelapa sawit itu ditanam.
  • Kelapa sawit hanya sesuai ditanam di kawasan khatulistiwa iatu 10 darjah utara dan selatan.Bagaimanapun, sekarang ada kelapa sawit yang ditanam luar dari kawasan yang dinyatakan.
  • Terdapat kelapa sawit yang telah ditanam di selatan China dan juga kawasan tanah tinggi Colombia. Namun ia memerlukan lebih pemerhatian dan kajian untuk mempastikan ia mengeluarkan hasil yang optimum bagi persekitaran tertentu.
  • Dua faktor utama persekitaran adalah :
    1. Tanah – bagaimana ciri fizikal dan kimia tanah mempengaruhi pertumbuhan dan penghasilan.
    2. Iklim – Hujan, kelembapan, suhu, intensiti cahaya matahari dan tiupan angin.
Kesesuaian Tanah
  • Kita semua sedia maklum bahawa, kelapa sawit boleh ditanam di pelbagai jenis tanah.
  • Namun begitu, tanah yang terbaik ialah tanah yang mempunyai “top soil” yang tebal, iatu tanah bahagian atas yang kaya dengan organik kandungan nutrient yang tinggi.
  • Keadaan muka bumi yang amat sesuai untuk tanaman kelapa sawit adalah tanah rata dan beralun.
  • Walaubagaimana pun, keadaan muka bumi Malaysia mempunyai kepelbagaian yang tersendiri dan ini menyebabkan hasil optimum yang berbeza mengikut kesesuaian tanah. keadaan muka bumi itu juga berulang-ulang seperti:
    • Tanah yang curam dan mempunyai batu yang terdedah – Kelantan.
    •  Tanah yang dalam dan terbentuk sepenuhnya dan mempunyai muka bumi yang beralun seperti di Johor, Perak, Sabah dan Selangor.(c) Tanah yang berpasir secara semula jadi seperti di pantai timur Johor dan Terengganu.
    • Kawasan paya dan gambut – Pantai barat Johor dan sarawak.
    • Tanah yang mengandungi kandungan lumpur dari laut yang tidak terbentuk sepenuhnya di persisiran pantai barat Semenanjung Malaysia.
    • Tanah dari mendapan sungai yang mengandungi kandungan tanah liat yang tinggi.
Ciri dan Sifat Kimia Pada Tanah yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Penghasilan
  • Sifat kimia tanah amat berbeza dari satu jenis tanah ke tanah yang lain, biarpun berada di dalam satu negeri
  • Unsur potassium (K) adalah unsur nutrient yang amat penting untuk kelapa sawit , selain dari Nitrogen (N), Fosforus (P), Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). Kepentingan unsur-unsur ini akan di bincangkan di dalam topik pembajaan nanti.
  • Kesuburan tanah untuk kesesuaiannya dengan kelapa sawit diukur melalui kandungan unsur unsur nutrient yang tersedia atau tersimpan di dalam tanah.
  • Kandungan K dalam tanah berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Tanah sisa lava gunung berapi seperti di Indonesia dan Papua New Guinie (PNG) mempunyai kandungan K yang amat tnggi, tetapi mempunyai kandungan Ca dan Mg yang rendah.
  • Ini kerana apabila kandungan K tinggi, ia telah mengikat Ca dan Mg di dalam tanah, dan tidak dapat diserap oleh akar.
  • Kebanyakan tanah di Malaysia  adalah mempunyai kandungan P yang rendah, kecuali kawasan hutan yang baru dibersihkan.
  • Ini disebabkan kadar P terikat di dalam tanah amat tinggi, dan tidak dapat diserap untuk kegunaan pokok. Maka Malaysia memerlukan kadar P (melalui pembajaan) yang tinggi, untuk membolehkan pokok mendapat unsur P yang cukup.
  • Keupayaan penyerapan nutrient oleh akar amat dipengaruhi oleh flora dan fauna tanah. Kehadiran Mikoriza iatu sejenis kulat dalam tanah amat membantu akar menyerap nutrient.
  • Unsur-unsur nutrient ini juga mempunya sifat berlawanan iaitu “ Antagonistic” antara satu samalain.
  • Unsur K mempunyai antagonistic dengan Mg, iatu jika Mg tinggi didalam tanah, maka unsur K tidak akan tersedia untuk diserap oleh akar.  K juga mempunyai antagonistic dengan unsur Ca.
  • Klorida (Cl) juga mempunyai antagonistic dengan N, iatu ia menghalang penyerapan N oleh akar.
Kesuburan tanah di Malaysia secara am berdasarkan ciri dan sifat kimia
  • Kawasan berbukit yang diteres mengalami masalah kekurangan unsur P. Ini disebabkan apabila tanah diteres, maka top soil akan hilang dan terdapat sejenis bahan iaitu saprolite akan terdedah.
Top soil hilang sewaktu membuat teres
  • Saprolite ini telah mengikat unsur P di dalam tanah dan ianya tidak dapat diserap oleh akar. Maka atas fakta ini, sekiranya kita membuat penanaman di kawasan teres, maka perlu kita membuat perubahan untuk unsur P ini.
  • Kebanyakan tanah mempunyai unsur Mg yang tinggi, maka pembajaan unsur Mg melalui Kiesserite juga berkemungkinan boleh dikurangkan mengikut tempat.
  • Seperti yang telah dijelaskan, apabila Mg dalam tanah tinggi, maka unsur K menjadi tidak tersedia di dalam tanah untuk diserap oleh akar
  • Mengalami masalah kekurangan unsur N untuk menyokong pertumbuhan pokok yang pesat dan penghasilan buah. Maka unsur N perlu ditingkatkan melalui pembajaan dan menambah bahan organik.
  • Tanah persisiran pantai Malaysia yang mempunyai lumpur tanah liat dari laut mempunyai kandungan semua unsur yang tinggi.
  • Tetapi kebanyakan tanah kawasan yang lain secara amnya mempunyai kandungan K tersedia yang rendah.
  • Tanah yang terbentuk dari sisa larva gunung berapi (volcanic soil) seperti kebanyakan tanah di Sabah (kawasan Kunak dan Tawau)  mempunyai kesuburan yang tinggi iaitu mempunyai kandungan K tersedia yang tinggi.
  • Kawasan pendalaman semenanjung Malaysia mempunyai kandungan N dan P yang rendah.
  • Tanah masam atau asid sulfat seperti terdapat di Pulau Carey Selangor mempunyai kandungan Mg dan K yang amat rendah.
  • Tanah gambut mempunyai kesuburan yang sederhana, namun mempunyai kandungan K yang amat rendah.
  • Apa yang penting adalah untuk kita ialah membuat pembetulan kadar pembajaan melalui kesuburan tanah.
  • Berkemungkinan kadar pembajaan yang disyorkan oleh pembekal/pengilang baja tidak sesuai dengan tanah yang kita tanam.
  • Untuk itu, kebanyakan ladang-ladang besar membuat analisis pelepah no 17 untuk mengetahui status nutrient di dalam pokok. Hanya dengan ini sahaja kita dapat mengetahui samada kandungan nutrient di dalam tanah dan input pembajaan itu mencukupi untuk menampung pertumbuhan dan penghasilan kelapa sawit.
Kadar Pertukaran Kation (KPK) – (Cations exchange capacity – CEC)
  • KPK tanah juga merupakan satu faktor yang menentukan kesesuaian tanah untuk tanaman kelapa sawit.
  • KPK menentukan respon beberapa unsur dalam tanah. 
  • Unsur makanan samada dari baja atau dalam tanah adalah didalam bentuk ions.
  • Caj positif adalah Kation dan negatif adalah anions.
  • Partikel tanah kebanyakannya adalah bercaj negatif.
  • Unsur Kation yang penting kepada kelapa sawit adalah Potasium (K+), Kalsium (Ca2+) dan Magnesium (Mg2+). 
  • Seperti yang telah diterangkan, kesemua unsur ini terikat pada partikel tanah dan menyebabkan unsur ini kurang tersedia untuk penyerapan akar.
  • Namun setiap kation yang terikat pada partikel, akan ada kation dilepaskan dalam larutan tanah.
  • KPK adalah jumlah kation (K, Ca, Mg) yang terikat pada partikel tanah, yang boleh bertukar ganti dengan kation lain dalam larutan tanah untuk kegunaan akar.
  • Semakin tinggi nilai KPK semakin baik tanah itu, kerana semakin banyak nutrien kation terikat pada tanah, menyebabkan unsur ini tidak akan hilang akibat karut lesap dalam tanah.
  • Kadar pertukaran adalah jumlah kation yang mudah digantikan dengan kation lain dibebaskan dari tanah dan tersedia dalam larutan tanah.

没有评论:

发表评论