2016年6月11日星期六

ASPEK BIOLOGI PERKEMBANGAN POKOK KELAPA SAWIT DAN KEPENTINGANNYA PADA HASIL.


CIRI-CIRI PEMBIAKAN POKOK SAWIT DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGELUARAN HASIL
  • Bunga adalah merupakan organ pembiakan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan hasil sawit. Tanpa bunga, tidak akan terjadi tandan dan biji.
  • Bunga sawit memainkan peranan penting dari segi ekonomi. Pengetahuan tentang bunga membolehkan kita lebih berinovasi dalam pengurusan ladang.
  • Sistem pengairan, teres, jerebu dan El Nino, memberi impak yang besar terhadap perkembangan bunga sawit dan pembentukan tandan buah.
  • Namun begitu pendebungaan bunga juga amat penting, kerana ia menetukan keseragaman pembentukan buah dan kesempurnaan pembentukan buah itu sendiri.
  • Secara tidak langsung, bunga juga mempengaruhi kadar perahan minyak di kilang

Bunga (Inflorescence)
  • Pembentukan bunga berlaku 33 – 34 bulan sebelum anthesis.
  • Bunga jantan dan betina berada di pokok kelapa sawit yang sama. Ini dipanggil monoceius.
Monoceius
  • Semakin tinggi nisbah jantina, adalah semakin baik kerana ia bermakna bunga betina semakin banyak, yang mana situasi ini memberikan potensi untuk mendapatkan jumlah tandan yang tinggi.
  • Kepentingan nisbah jantina ini adalah kerana ia menentukan jumlah tandan yang terhasil, dan dari jumlah tandan ini, akan menetukan penghasilan pula.
  • Perbezaan jantina menetukan nisbah bunga jantan dan bunga betina . Ia adalah jumlah bunga betina ke atas jumlah keseluruhan bunga ( bunga betina /(bunga jantan + bunga betina).
  • Anthesis adalah proses di mana bunga betina bersedia untuk menerima debunga bunga jantan untuk persenyawaan.
  • Faktor yang mempengaruhi nisbah jantina :
    • Umur pokok – Nisbah jantina tinggi sewaktu di peringkat awal pengeluaran.
    • Cuaca –  Kesan kering iaitu kemarau yang berpanjangan atau kekeringan melampau, boleh menganggu nisbah jantina ini terutamanya mengakibatkan pengguguran bunga betina.
    • Kesan ini dapat dilihat apabila pokok menjadi hampir steril (tiada pengeluaran bunga betina) kerana tiada tandan terhasil untuk beberapa bulan. Kesan ini biasanya dapat dilihat selepas 24 bulan berlakunya kemarau.
    • Ini menunjukkan kesan perubahan iklim seperti kemarau, amat mempengaruhi penghasilan.
    • Status kandungan nutrient pokok – kandungan karbohidrat yang tinggi mempengaruhi nisbah jantina. Nutrient yang rendah akan mempengaruhi pengeluaran bunga jantan yang tinggi selepas 30 bulan. Bagaimanapun situasi ini dapat diperbaiki dengan meningkat kandungan nutrient pokok melalui pembajaan yang seimbang.
    • Pemangkasan (pruning) pelepah yang berlebihan akibat dari ketinggalan kerja pemangkasan atau kawasan yang tidak diberi perhatian boleh merendahkan nisbah jantina kerana keguguran bunga betina.
  • Kebanyakan gangguan di atas yang merendahkan nisbah jantina berlaku akibat stress sewaktu proses perbezaan sel dan menyebabkan berlakunya keguguran bunga betina.
  • Bunga jantan :
    •  Bentuk seperti jari – spikelet.
    • Bunga JantanPanjang 12 – 20 cm. Setiap spikelet mempunyai 600 – 2000 bunga-bunga yang kecil bewarna kuning muda (pucat).
    • Sewaktu penghasilan debunga jantan (pollen), ia mengeluarkan bau “aniseed” selama 2 – 3 hari sehingga pollen tidak subur dan bertukar warna ke kelabu.
    • Pada waktu ini pollen dikutip untuk disenyawakan dengan bunga betina dalam proses pendebungaan berbantu menggunakan manusia.
  • Bunga betina :
    Female Inflorescence
    Female Inflorescence
    • Berduri dipanggil “spadix” bersaiz 24 – 45 cm panjang.
    • Sebelum anthesis ( jangkamasa bunga betina bersedia untuk menerima debunga jantan atau waktu subur) ia mengeluarkan bau yang sama seperti bunga jantan dan bau ini amat ketara pada awal pagi dan lewat petang.
    • Pada masa ini stigma bunga betina akan mengeluarkan sejenis cecair selama 4 – 5 hari dan warnanya adalah sama seperti bunga jantan. Cecair ini bertujuan untuk membolehkan debunga jantan melekat kepada bunga betina.
    • Bunga betina ditutup oleh oleh fiber dan ia akan terbuka bila matang.
  • Kitaran bunga jantan dan betina amat berbeza. Kebiasaannya hanya satu jantina bunga sahaja yang berada di pokok yang samada jantan atau betina.
  • Kitaran bunga betina berlaku 3-6 bulan, kemudian terdapat jangkamasa yang pendek di mana kedua-dua jantina bunga boleh didapati di pokok yang sama dan diikuti pula kitaran bunga jantan juga sekitar 3 – 6 bulan.
  • Kejadian ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan fisiologi pokok. Kejadian ini juga menyebabkan berlakunya variasi penghasilan tandan bulanan dan tahunan.
  • Di Malaysia, musim melawas atau penghasilan yang rendah berlaku sekitar April dan Mei. Manakala musim penghasilan tinggi atau moncah berlaku sekitar Julai dan November ( dua kali ).
  • Musim penghasilan tinggi ini mengeluarkan buah sawit sebanyak 11-12% dari jumlah hasil tahunan, manakala 5.5 % – 6 % pada musim melawas.
  • Pekebun/Peladang – mengetahui kilang mana perlu dihantar hasil kerana kemungkinan kilang yang sedia ada tidak mampu memproses hasil kita.
  • Pengetahuan tentang musim tinggi dan rendah ini amat penting untuk semua yang terlibat dalam penanaman sawit , kerana:
    • Pengaturan pekerja dan kerja – musim pengeluaran tinggi pastikan cukup, manakala musim melawas pastikan pekerja mempunyai gaji yang mencukupi (minimum) dengan memberi kerja lain seperti membaja, meracun dan lain-lain.
    • Pengilang – Fasiliti proses berada pada tahap terbaik sewaktu musim penghasilan tinggi.
PENDEBUNGAAN
Simptom Pendebungaan Tidak Sempurna
  • Pendebungaan yang sempurna menghasilkan biji sawit yang berwarna hitam berkilat dan embrio mempunyai kernel.
  • Kesan pendebungaan yang tidak sempurna dapat dilihat dalam tempoh 2 – 3 minggu selepas anthesis.
  • Bunga betina yang tidak sempurna Pendebungaan akan gugur, atau sekiranya terbentuk akan menjadi partenokarpik (phartenocarpic), iaitu tidak mempunyai kernel. Bijinya juga tidak berkilat.
  • Walau bagaimanapun sekiranya pendebungaan itu berjaya hanya 70 % sahaja biji yang di debunga kan.
  • Biji di sekitar tangkai tandan akan mengalami pendebungaan yang tidak sempurna kerana pangkal pelepah yang terhimpit dengan bunga betina di kawasan tersebut menyukarkan debunga jantan sampai ke bunga betina.Bahagian yang tidak dapat disenyawakan dengan sempurna.
  • Biji menjadi partenokarpik dan berwarna kekuningan.
  • Dalam sesetengah situasi, pendebungaan yang tidak sempurna berlaku kerana bunga betina diserang oleh thirataba yang akhirnya akan dijangkiti dengan kulat Marasmius.
Pendebungaan Semulajadi
  • Walaupun bunga jantan dan betina berada di pokok yang sama, namun pendebungaan semulajadi amat sukar berlaku kerana jarang sekali bunga jantan dan betina berada serentak.
  • Ini bermakna debunga jantan dari pokok lain diperlukan untuk disenyawakan dengan bunga betina.
  • Pada peringkat awal penanaman sawit di Malaysia, masalah utama yang menyebabkan penghasilan rendah adalah akibat kelemahan proses pendebungaan semulajadi.
  • Keadaan ini berlaku kerana kelemahan pendebungaan disebabkan oleh cuaca iaitu hujan yang terlalu lebat, dan kelajuan angin yang rendah.
  • Untuk mengatasi masalah ini, seorang saintis dan pasukannya telah mengkaji bagaimana buah sawit di Afrika Barat telah terbentuk dengan baik biarpun hujan yang terlalu lebat.
  • Mereka mengkaji tentang serangga pendebungaan untuk kelapa sawit, dan mendapati sejenis kumbang, Elaidobious kamerunicus berpotensi menjadi agen pendebungaan sawit di Malaysia.
  • Hasil dari kajian tersebut, kumbang ini di bawa ke Malaysia dan membiak dengan pantas. Kumbang ini juga disebarkan di Indonesia dan Papua New Guinea.
  • Kumbang ini telah menjadi wira dalam industri sawit dunia dan telah mengubah industri ini seperti sekarang.
Proses Pendebungaan
Proses Pendebungaan
Elaidobious kamerunicus – Kumbang Pendebungaan
E.kamerunicus
E.kamerunicus
  • Kitaran hidup Elaidobious amat bergantung dengan bunga betina. Di sini adalah tempat ia membiak dengan bertelur di bunga betina. Namun ia tidak merosakkan bunga betina tersebut.
  • Setiap kumbang betina menghasilkan 35 biji telur dan setiap generasi berganda sebanyak 3.5 kali.
  • Kitaran hidup Elaidobious dari telur ke dewasa adalah 8 ke 12 hari.
Kitaran Hidup E.kamerunicus
Kitaran Hidup E.kamerunicus
  • Untuk setiap anthesis, 1500 ekor kumbang di perlukan untuk mendebungakan bunga betina untuk membentuk 50 ke 60 %tandan sempurna. (50-60% biji normal.)
  • Bau aniseed telah menjadi daya penarik buat kumbang, sehingga jarak 1 km radius.
  • Walau bagaimanapun, populasi kumbang yang terlalu tinggi dan padat akan meningkatkan persaingan sesama spesies dan boleh menyebabkan kematian. Ini telah mengurangkan kecekapan proses pendebungaan.
  • Kumbang ini tidak aktif pada awal pagi, waktu hujan renyai dan cuaca mendung.
  • Populasi kumbang ini meningkat bila jumlah bunga betina yang tidak tinggi. Jumlah bunga betina yang disenyawakan juga bergantung kepada populasi kumbang.
  • Kesan Elaidobious ini kepada industri kelapa sawit adalah :
    • Tiada pendebungaan berbantu dan ini telah menjimatkan kos pengeluaran.
    • Pembentukan tandan lebih sempurna iaitu dari 40-50%ke 70-80%.
    • Meningkatkan nisbah biji ke tandan dari 58%-65%
    • Meningkatkan purata berat tandan dari 14.6 kg ke 18.7 kg.
    • Jumlah tandan berkurangan sebanyak 19%.
    • Meningkatkan nisbah minyak ke tandan dari 23.3%ke 25.50%.
    • Meningkatkan nisbah kernel ke tandan dari 4.6% ke 6.6%.
  • Masih terdapat ruang untuk menambah baik proses pendebungaan dengan Elaidobious melalui penyelidikan untuk mengkaji :
    • Punca kelemahan proses pendebungaan akibat perubahan cuaca.
    • Kegagalan tandan terbentuk dengan sempurna selepas populasi kumbang rendah.
    • Punca punca pengecilan populasi kumbang akibat cuaca.
  • Terdapat beberapa hasil kajian yang penting untuk dipertimbangkan :
    • Peningkatan populasi tikus, di mana larva kumbang merupakan sebahagian dari makanan tikus.
    • Parasit dan nematode yang menjangkiti larva boleh membunuh larva dan merendahkan populasi kumbang.
    • Nisbah seks yang terlalu tinggi akan merendahkan populasi kumbang akibat kekurangan debunga jantan.

没有评论:

发表评论