WGC to invest RM100 mil for Phase 1 of World Gloves City Development

CYBERJAYA (March 26): World Gloves International Group City & Development Hub (WGC) will invest approximately RM100 million to construct a glove manufacturing plant, as part of its future plans to develop the World Gloves City — a glove manufacturing hub to house its own value chain ecosystem by 2025.

WGC co-founder Datuk Seri Desmond Lim said the plant, located near Kuantan, Pahang, will manufacture nitrile, latex and vinyl gloves for the global markets and would strengthen Malaysia's position as the largest glove supplier in the world, wherein it currently accounts for 60% of global exports.

"The RM100 million (investment) is only for the first phase spanning over 149.73 hectares and is expected to be completed by year-end. The development includes 10 production lines to produce nitrile gloves, with a production capacity of up to 200,000 gloves per month once operational," he told reporters after announcing the project here today.

The announcement also included the formation of key partnerships in the World Gloves City development.

The Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) and WGC signed a Memorandum of Agreement (MoA), making MARii a technology partner to the project.

At the same time, WGC signed a leasing agreement with the Pahang State Development Corporation (PKNP) to enable the kick-start of the first phase of the World Gloves City development in June this year.

The World Gloves City is slated to be a complete ecosystem for the entire value chain of gloves and personal protective equipment products, and encompasses the development of a fully-fledged digital and smart city, capable of meeting future global demand through its smart framework that includes infrastructure, mobility, governance, technology, smart living, and commerce.

MARii chief executive officer Datuk Madani Sahari said this project will see the use of advanced technology in the manufacturing of gloves to meet future global demand, and also transcend into smart living and intelligent commerce.

"This collaboration opens doors for more businesses and expertise in the field of medical equipment, and widens the applications of smart manufacturing and Industry 4.0 in this sector to remain sustainable and competitive," he said.

More than half of the area under the first phase will consist of an industrial park to accommodate 750 plants equipped with clean rooms, chemistry labs, packaging, and warehousing.

The plants will utilise smart manufacturing applications, manufacturing execution system, intelligent robotics, engineering simulations, big data analytics and Internet of Things system throughout the manufacturing processes.

To support large-scale manufacturing, the city will house facilities such as supplier factory lots, ports, a power plant, research and development centres, education and training institutions, warehousing, residential areas, recreational areas, and others to cater for a population of 600,000 by the time the city is fully developed.




================================


WGC Kuantan bandar sarung tangan pertama Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari (dua kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif World Glove International Group City & Hub Development Sdn Bhd (WGIC), Datuk Gianluca Emesti (dua kanan) dan Pengasas Bersama WGIC, Datuk Seri Desmond Lim (kanan) di majlis pengumuman pembangunan World Glove City (WGC) di Cyberjaya, hari ini - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari (dua kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif World Glove International Group City & Hub Development Sdn Bhd (WGIC), Datuk Gianluca Emesti (dua kanan) dan Pengasas Bersama WGIC, Datuk Seri Desmond Lim (kanan) di majlis pengumuman pembangunan World Glove City (WGC) di Cyberjaya, hari ini - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

CYBERJAYA: World Glove City (WGC) di Kuantan, Pahang bakal menjadi bandar pintar pertama di Malaysia yang menggabungkan pembangunan perindustrian sarung tangan global, kediaman dan komersial.

WGC adalah projek perkongsian awam dan swasta antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan World Glove International Group City & Hub Development Sdn Bhd (WGIC).

Ketua Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata projek WGC akan menggunakan teknologi maju terutama dalam pembuatan sarung tangan bagi memenuhi keperluan global selain kehidupan pintar.

Beliau berkata, MARii akan terbabit dalam menentukan teknologi pintar yang akan digunakan di WGC, dari kemudahan pembuatan sehinggalah kediaman.

WGC juga, katanya akan memulakan pembangunan fasa pertama dengan pelaburan sebanyak RM100 juta daripada WGIC.

"Kerjasama ini membuka peluang kepada perniagaan dan pelabur untuk melabur di WGC. Ia juga akan meningkatkam penggunaan teknologi dalam pembuatan dan kehidupan harian.

"Ia bakal dilengkapi dengan teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan kepintaran buatan. Ini adalah fasa pertama dengan pelaburan sebanyak RM100 juta dan terdapat sembilan fasa secara keseluruhannya sehingga 2025.

"WGC juga akan mempercepatkan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan MGIC di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mohd Zaid Harun; Penasihat WGIC, Tan Sri Syed Mohd Yusof; dan Pengasas Bersama WGIC, Datuk Seri Desmond Lim.

WGC bakal mengubah landskap ekosistem pembuatan sarung tangan Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara dalam industri itu di peringkat global.

Ketika ini, Malaysia adalah pengeksport sarung tangan getah terbesar dunia sebanyak 60 peratus.

Sementara itu, Lim berkata, WGIC melabur bagi pembinaan kemudahan pembuatan sarung tangan dengan 10 barisan utama serta kemudahan simpanan produk sarung tangan.

Beliau berkata, fasa pertama kemudahan pembuatan sarung tangan dan peralatan perlindungan diri (PPE) dijangka siap sepenuhnya tahun ini dengan pembinaan bermula pada Jun 2021.

"Fasa pertama akan membabitkan kemudahan seluas 370 ekar yang akan mempunyai 10 barisan pengeluaran sarung tangan dan PPE. Ia dijangka akan bermula pada suku pertama 2022.

"Kumpulan menyasarkan apabila kemudahan dengan 10 barisan ini siap kelak, ia dapat mengeluarkan 200,000 keping sarung tangan.

"Dua barisan bakal siap pada November ini manakala bakinya secara berperingkat sehingga suku pertama tahun hadapan," katanya.

WGIC pada majlis itu turut menandatangani perjanjian persetujuan pemajakan tanah dengan PKNP.

Lim berkata, WGC bakal meluaskan lagi eksport produknya ke Mesir dan China selain dapat mengukuhkan lagi kehadiran produknya di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.