2017年2月24日星期五

BELAJAR MENGIRA SUDUT CAMSHAFT









  •   Salam semua... seperti yang sudah sedia maklum, setiap enjin 4 lejang mempunyai aci sesondol atau camshaft yang mengawal buka tutup injap masukkan dan injap ekzos.
  • Setiap camshaft mempunyai sudut buka tutup valve yang berlainan kriteria dengan setiap model enjin. Tidak kira apa pun sudutnya pasti pengeluar mahukan camshaftnya berupaya menghasilkan enjin yang berkuasa, selesa pengguna, jimat minyak, idle yang lembut, tork yang berguna dan sebagainya...
  • Disini kami tidak mahu membebel panjang mengenai istilah yang digunakan pada camshaft, cukup kami ringkaskan cara mengira sudut cam yang paling mudah agar dapat kita berkongsi ilmu mencari ketepatan sudut yang terbaik untuk mesin kita.. 



Istilah-istilah pada camshaft


  •  Kaedah mudah yang boleh digunakan dengan mengira pada gigi timing cam..
  • Contohnya pada gigi timing cam ex5 dream mempunyai 32 gigi.. 1 pusingan penuh 360'. Bermakna 360'/ 32 gigi = 11.25'... 1 gigi memberi 11.25 darjah.. 
  • Jika cam intake anda membuka pada 1.5 gigi sebelum piston top (TDC) dan menutup pada 4 gigi sebelum piston top..
intake buka 1.5 * 11.25 = 16.87'
intake tutup 4 * 11.25 = 45'
jumlah sudut cam adalah 45+90+16.87= 181.87' x 2 = 303.74'
(90 didarab kerana 1 pusingan camshaft bersamaan 2 pusingan crankshaft)


  • Contoh bergambar untuk lebih pemahaman..

Intake valve tertutup 4 gigi sebelum piston top


Intake valve terbuka 1.5 gigi sebelum piston top


 Ekzos valve terbuka 4.5 gigi selepas piston top
  

Ekzos valve tertutup 1 gigi selepas piston top 


 Penerangan serba sedikit pasal cam duration
  • Cam duration atau sudut cam adalah penentu rentang kuasa (power band) bagi sesebuah enjin 4 lejang.
  • Semakin besar sudut cam (semakin lama valve terbuka), semakin tinggi RPM boleh dicapai... Kuasa juga menjadi semakin jauh di RPM atas..
  • Walau bagaimanapun pemilihan sudut cam bergantung pada kesesuaian kerja mesin. Jika memodifikasi mesin untuk motocross tidak perlulah mencari RPM yang tinggi, cukup cam yang dapat memberi kuasa di RPM pertengahan. sama juga pada mesin untuk kegunaan harian.. 
  • Sudut cam intake adalah yang paling mempengaruhi kriteria mesin. Semakin awal tertutupnya inlet valve, semakin tinggi cranking pressure.. Ini akan memberi kuasa di RPM bawah, namun jika RPM semakin meningkat, pressure semakin tinggi, ini boleh menjejaskan prestasi dan memberi kesan buruk kepada mesin..
  • Semakin lambat menutup intake valve pula akan berlaku reversion bahan api untuk memasuki ruang pembakaran.. Namun dengan porting lubang intake yang baik boleh mengelakkan reversion dengan meningkatkan inersia kemasukkan bahan api..
  • Untuk cam ekzos pula semakin cepat terbuka, akan membuang kuasa letupan untuk menolak piston turun kebawah, kuasa juga berada di RPM tinggi.. Jika semakin lambat, kuasa letupan akan tersimpan, kuasa terhasil di RPM bawah.. 
  • Semakin lambat terbuka akan menghasilkan vakum diruang pembakaran yang akan mengganggu kelancaran mesin di RPM atas.. Dengan porting lubang ekzos, saiz, bentuk dan panjang manifold dapat membantu meningkatkan prestasi mesin.
  • Semasa di hujung lejang ekzos, kedua-dua valve terbuka (overlap).. Sudut overlap ini juga mempengaruhi kriteria enjin. Semakin tinggi (intake valve terbuka awal, valve ekzos tertutup lambat) mesin mampu "berteriak" berkuasa di RPM tinggi.. tetapi terdapat juga masalah kepada mesin seperti idling (timimg) enjin yang kasar, minyak kuat, valve berlaga dengan piston, kuasa lemah di RPM bawah, dan sebagainya...  
  • Terlalu panjang rasanya jika disembangkan mengenai cam ini dalam 1 post.. kami rasa adalah lebih baik jika tajuk camshaft ini dipecahkan kepada beberapa skop seperti cam racing, cam potong, high cam, low cam, overlap, LSA, lift, pattern cam dan lain-lain... dalam post akan datang. Insyallah selagi termampu kami akan bercerita lagi. Terima kasih semua...

没有评论:

发表评论